MPPD roboh struktur binaan tanpa kelulusan

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan satu operasi merobohkan sebuah garaj yang dibina tanpa kelulusan.
Struktur binaan tersebut juga didapati dibina atas tanah rizab awam yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 46 Akta 133.
Tindakan penguatkuasaan tersebut diambil dibawah Seksyen 72 Akta yang sama diambil setelah notis serta arahan berkaitan diberikan terlebih dahulu kepada pemilik premis.
Operasi tersebut telah dijalankan dengan kerjasama agensi teknikal luar iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
MPPD menyatakan bahawa perlaksanaan operasi tersebut mencerminkan komitmen mereka dalam memastikan pematuhan undang-undang, menjaga keselamatan awam serta memelihara hak serta kemudahan awam demi kesejahteraan masyarakat setempat.



