BeritaMenarik

PRA BELANJAWAN 2025: Harapan elaun guru dan pelajar Kelas Mualaf dinaikkan

SEREMBAN: Ruzina Anas, Guru Kelas Mualaf Cawangan Nilai mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dan Kerajaan Negeri di atas pemberian pelbagai insiatif dan insentif dalam belanjawan sebelum ini.

“Namun, pada Belanjawan Negeri Sembilan 2025, saya berharap sekiranya Kerajaan Negeri boleh menambah elaun kepada guru Kelas Mualaf.

“Cadangan kenaikan elaun ini bukan untuk golongan tenaga pengajar semata-mata tetapi juga kepada pelajar mualaf untuk menarik minat mereka hadir ke kelas,” kata Ruzina.

Nurul Nadia Azmi, Sukarelawan Rakan Ziarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dari Port Dickson meletakkan harapan agar sukarelawan seperti beliau di beri elaun tambahan.

“Saya berharap sukarelawan seperti saya diberi elaun pengangkutan bagi menampung kos perjalanan (minyak).

“Dalam pada itu golongan mualaf juga perlu diberi lebih banyak pengajian,” ujarnya.

Muhammad Ridzuan Lau Abdullah dari Persatuan Ikatan Ukhwah Saudara Baru Negeri Sembilan berharap Kerajaan Negeri dapat menambah wang sagu hati untuk individu yang memluk Islam.

“Ini memandangkan kos sara hidup kini sangat tinggi dan kebiasaannya apabila mereka memeluk Islam, mereka tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada keluarga kandung mereka.

“Boleh juga menambah elaun khas untuk pengajian kelas fardu ain bagi mualaf,” kata Muhammad Ridzuan.

Show More

Related Articles

Back to top button