SEREMBAN: Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat akan mengadakan program Ibadah Korban Perdana 2024 pada 18 Jun ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, program ini akan diadakan di Surau Taman Pelangi.
“Saya menjemput penduduk sekitar untuk hadir ke program ini yang akan bermula seawal jam 7.00 pagi dan saya menjemput makan tengahari secara bersama.
“Manakala pada 20 Jun, saya akan mengadakan program yang sama di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.
“Saya menjemput penduduk sekitar untuk jamuan makan tengahari di lokasi ini,” kata Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Mesyuarat Pasca Exco di Wisma Negeri.