YB Kita

Program Kasih MADANI rapatkan ukhuwah pemimpin dan masyarakat setempat

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam, telah merasmikan Program Kasih MADANI anjuran Pertubuhan Pengasih India dengan Kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Tampin di Dewan Arena.

Program ini dianjurkan khas bagi kaum India sekitar kawasan Tampin dan seramai lebih kurang 150 orang turut serta dalam program ini.

“Program ini dimulakan dengan ceramah pensijilan halal dari pihak JHEAINS Tampin disusuli dengan taklimat peluang pekerjaan dari pihak F&N dan akhir sekali taklimat N9 Pay oleh Pejabat Kewangan Negeri Sembilan.

“Selain itu sukaneka turut diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, tiup belon kanak-kanak dan dewasa, lari dalam guni dan pertandingan melukis kolam bagi wanita dewasa.

“Pihak F&N juga turut menyediakan booth bagi mereka yang mencari pekerjaan.

“Selain itu cabutan bertuah turut disediakan kepada para peserta program,” kata Veerapan.

Dalam pada itu, Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah turut bersama-sama pihak penganjur menziarahi lima buah rumah yang kurang berkemampuan.

“Bakul makanan dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah dan F&N turut disediakan bagi menyantuni mereka.

“Saya ingin merakamkam jutaan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan penganjuran program yang berjaya menarik penyertaan kaum India pelbagai lapisan umur.

“Saya berharap program ini dapat dilaksanakan lagi bagi merapatkan ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak F&N, Majlis Daerah Tampin, Majlis Belia Daerah Tampin serta Kelab Belia dan Sukan Tampin yang turut membantu dalam penganjuran program Kasih Madani ini,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button