PUTRAJAYA: Projek perintis tanaman bawang tempatan pertama negara berjaya memberikan hasil pengeluaran, sekaligus bakal mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato’ Seri Mohamad Sabu berkata, projek seluas satu hektar itu bermula pada 24 Januari lalu di Kampung Ladang Bikam, Sungkai, Perak dan berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan untuk tuaian kali pertama.
“Benih yang digunakan ialah varieti bawang merah BAW–1 dan BAW–2 yang dihasilkan oleh Mardi.
“Kawasan pertanian itu berpotensi mengeluarkan hasil sebanyak enam tan per hektar,” kata Mohamad.