Berita
Proses vaksinasi di pusat membeli belah tidak sesuai: Cha
RASAH: Ahli Parlimen Rasah menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar tidak melaksanakan proses vaksinasi di pusat membeli belah.
“Saya mendapati ramai pelajar sekolah rendah di Parlimen Rasah yang dihantar ke pusat membeli belah untuk menerima suntikan vaksin dos kedua.
“Lokasi pusat membeli belah sememangnya tidak sesuai kerana faktor kesesakan pengunjung yang datang untuk membeli belah dan sistem pengudaraan yang kurang sesuai.
“Justeru, saya mencadangkan proses vaksinasi dos kedua untuk pelajar sekolah rendah diadakan di dewan orang ramai, dewan sekolah atau balai raya,”kata Cha di Persidangan Parlimen pada Isnin.