Berita

Taklimat Permohonan Lesen Premis Perniagaan MPPD

BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menganjurkan Taklimat Permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Penjaja serta Sesi Bertemu Pelanggan.

Penyelarasnya, Tuan Nasir Raman berkata, seramai 50 orang telah mendaftar dan hadir ke taklimat ini.

“Taklimat dibahagikan kepada empat sesi dengan sesi pertama adalah dari Jabatan Perlesenan, sesi kedua daripada Jabatan Bangunan, sesi ketiga daripada Jabatan Penguatkuasaan dan sesi keempat adalah sesi soal jawab bersama semua wakil MPPD.

“Taklimat ini diadakan bagi memberi pencerahan kepada peniaga di sini berkenaan lesen-lesen dan peraturan-peraturan dalam memegang lesen perniagaan.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MPPD yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam program ini,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button