BeritaMenarikProgram

Jemaah mahu Qiamullail bersama Menteri Besar dikekalkan

AMPANGAN: Encik Helmi Manap, 53, menyatakan bahawa program qiamullail yang diadakan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai satu peluang untuk beribadat bersama pimpinan negeri di Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng, Ampangan.

“Ianya merupakan langkah yang baik bagi mengimarahkan masjid dengan mengadakan program qiamullail ini.

“Oleh hal yang demikian, saya berharap agar program sebegini dapat dikekalkan lagi pada tahun akan datang,” kata Helmi.

Helmi berkata, beliau merupakan penduduk Taman Tuanku Jaafar tetapi sanggup datang ke masjid di Ampangan ini semata-mata mahu mengikuti program qiamullail ini.

Helmi Manap

Manakala, Encik Ramdan, 66, menyatakan bahawa program yang dianjurkan ini merupakan langkah bijak mendekati rakyat.

“Sebagai pemimpin, program sebegini dapat memberikan contoh yang baik kepada rakyat.

“Di samping dapat mendekat diri dengan rakyat,” kata Ramdan.

Ramdan
Show More

Related Articles

Back to top button