KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-63 anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia atau National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO) telah diadakan di M Resort and Hotel, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Tengah Hari dan menyempurnakan Titah Diraja bertajuk ‘Care Giving in a Caring Society with No One Left Behind’ (Penjagaan Ehsan dalam Masyarakat Penyayang Tanpa Ada Yang Tertinggal).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri juga telah menyampaikan ucapan dengan tajuk ‘Malaysian Care Industry Action Plan’.
Sambutan dimulakan dengan forum bertemakan ‘Care Giving in A Caring Society’ dan disusuli dengan Majlis Santapan Tengah Hari.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Dr.Noraini Ahmad.