BeritaMenarik

Nicole sumbang RM7,900 kepada SJKC Hillside

BUKIT KEPAYANG: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hillside, Labu menerima sumbangan RM7,900 daripada ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon.

Nicole Tan berkata, sumbangn tersebut diberikan bagi kerja-kerja mengecat semula dinding koridor bangunan sekolah (Blok A) dan besi tiang bendera.

“Kerja-kerja ini dijangka mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.

“Tiang bendera di bangunan Blok A telah berkarat dan ia menyebabkan dinding koridor kotor.

“Selain daripada itu, kerangka besi (frame) bagi penghadang cahaya matahari di Blok A juga dicat semula.

“Saya berharap peruntukan ini dapat mengindahkan dinding koridor bangunan tersebut selaras dengan semangat para pelajar untuk menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini,” kata Nicole.

Nicole Tan berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah tersebut.

“Tujuan lawatan kerja ini ialah bagi memastikan kerja-kerja baik pulih disiapkan mengikut masa yang ditetapkan di samping menyantuni Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah, PIBG dan guru-guru sekolah tersebut,’ ujarnya.

Turut hadir, Guru Besar SJKC Hillside, Encik Lee Chee Keang.

Show More

Related Articles

Back to top button