Roblox beri jaminan tingkat keselamatan

Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu, saya risau apabila melihat bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak.
Platform seperti Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih 1 juta di Malaysia.
Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan.
Saya telah menyuarakan kebimbangan ini kepada pihak Roblox.
Mereka memberikan jaminan untuk mempertingkatkan keselamatan melalui penggunaan teknologi AI dan pemantauan manusia serta bersedia bekerjasama dengan kerajaan Malaysia terutamanya melibatan perkongsian data dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Kita mahu dunia digital yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang.
Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan



