Menarik
Rusli sumbang kerusi roda kepada warga emas uzur
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas uzur di Kampung Pasir Panjang.
Rusli berkata, sumbangan kerusi roda tersebut bagi memudahkan pergerakan harian beliau.
“Saya juga turut menyediakan bantuan lampin pakai buang secara bulanan kepada beliau.
“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban beliau.
“Terima kasih kepada Setiausaha MPKK Kampung Pasir Panjang,” kata Rusli.