Menarik

Rusli sumbang RM9,350 kepada 17 pelajar kurang berkemampuan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM550 setiap seorang kepada 17 orang pelajar sekolah dari DUN Linggi.

Rusli berkata, sumbangan tersebut merupakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri melalui inisiatif Bantuan Anak Sekolah (BAS).

“Sumbangan ini bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli barangan keperluan untuk ke sekolah.

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button