BeritaMenarik

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Padang MBS

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini di Padang Majlis Bandaraya Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan akan bermula seawal pukul 7.00 pagi.

“DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud akan berangkat mencemar duli ke sambutan tersebut.

“Turut akan hadir memeriahkan sambutan ini, YTM Datuk Undang Yang Keempat, YTM Tunku Besar Tampin, YAM Tunku Besar Seri Menanti dan YAM Dato’ Shahbandar Sungei Ujong.

“Sambutan Bulan Kebangsaan bermula dengan pelancaran Bulan Kibar Jalur Gemilang, diikuti dengan pelepasan Kembara Merdeka Akar Umbi yang bermula pada 3 Ogos lalu dan akan berakhir pada 30 Ogos ini,” ujar beliau.

Aminuddin berkata, Majlis Penutup Kembara Merdeka Akar Umbi akan diadakan di Dataran Kuala Klawang, pada 30 Ogos bermula 9.00 malam.

“Exco Kanan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias akan mengetuai program ini yang akan bermula Seremban, selepas itu ke Port Dickson, Rembau, Tampin, Jempol dan berakhir di Jelebu.

“Saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan berjaya bagi mengingatkan anak-anak muda tentang perlunya kita ingati tarikh keramat ini.

“Semua rakyat Negeri Sembilan dijemput memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ini terutamanya pada 31 Ogos.

“Makluman tentang penutupan jalan boleh diperolehi melalui Facebook rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berharap kehadiran orang ramai lebih ramai daripada tahun lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button