Berita

Sambutan Hari Ulama rai Ulama dan Umara Negeri Sembilan

SEREMBAN: Majlis Sambutan Hari Ulama Negeri Sembilan yang dianjurkan malam tadi bertempat di Masjid Negeri adalah bertujuan bagi meraikan golongan Ulama dan Umara di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ia bertujuan menghargai jasa yang telah mereka lakukan.

“Ini kerana para ulama sering menjalan usaha dakwah mereka serta gerak kerja keagamaan di negeri ini.

“Selain itu, sambutan ini juga bagi mengambil peluang mengumpulkan seberapa ramai ulama yang berada di Negeri Sembilan.

“Ini bagi memastikan usaha untuk membina dan mewujudkan kesatuan antara ulama, umara dan masyarakat dapat dilaksanakan dengan jayanya,” kata Aminuddin.

Dalam majlis sama menyaksikan tiga individu yang diberikan anugerah khas sempena Hari Ulama.

Penerima anugerah adalah seperti berikut:

1) Anugerah Imam Al-Ghazali (Cendekiawan Islam), Dato’ Hj. Baharum Bin Hj. Hasbullah dari Kampung Pulau Bukit, Rembau.

2) Anugerah Tuan Guru Zakaria Galau, (Sheikh Muda Harapan), A.F. Ustaz Mohd Khairuddin Bin Yusoff@Saari daripada Kampung Bongek Acheh, Rembau.

3) Anugerah Syeikh Haji Muhammad Said (Tokoh Sufi), Dr. Jahid Bin Sidek dari Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang.

Show More

Related Articles

Back to top button