Sambutan Mawlid Agung Jempol sarat pengisian bermakna

SERTING: Program Mawlid Agung Negeri Beradat 2025 telah berlangsung di Masjid Tuanku Muhriz dan mendapat sambutan meriah daripada masyarakat setempat.
Majlis ilmu ini menampilkan dua penceramah jemputan, Syaikh Muhammad Mustafa Al Jakfari dan Ustaz Tariq Jaffri Mohamad Akhbar, yang menyampaikan ceramah bertemakan Hadis 03: Lima Rukun Islam.
Turut hadir memeriahkan majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Zaidy Abdul KadirĀ dan Penyelaras kepada ADUN Angkat DUN Serting, Nor Mohd Azahar Saharudin.
Selain pengisian ilmu, program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kewangan kepada Encik Ahmad Shahir, seorang mangsa kebakaran rumah di Felda Raja Alias 2 baru-baru ini.
Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Ombek Puloh Hari Negeri Sembilan, anjuran Rabitah Dakwah dan Ilmu Negeri Beradat dengan kerjasama pelbagai agensi negeri.