Satu lagi PPS di buka

SEREMBAN: Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Jijan.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, PPS di SK Jijan melibatkan 4 orang mangsa sahaja.
“Dalam pada itu, PPS di SK Jimah Lama mencatatkan peningkatan daripada 70 orang mangsa kepada 100 orang mangsa.
“Saya telah mengarah bahawa Pejabat Daerah Port Dickson untuk melakukan baik pulih bumbung rumah mangsa yang rosak akibat ribut pada malam tadi.
“Setakat ini, hanya Port Dickson sahaja yang mempunyai PPS.
“Saya juga berharap agar tidak perlu dibuka PPS di daerah lain,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama.
Beliau juga turut melawat Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) untuk meninjau situasi banjir ketika ini.




