Berita

Satu langkah besar demi masa hadapan semua anak Malaysia

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh telah membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat.

“Rang Undang-Undang (RUU) ini dibentangkan bagi bacaan kali pertama di parlimen bertujuan mewajibkan pendidikan peringkat menengah kepada semua anak-anak Malaysia.

“Ia dapat memastikan semua anak warganegara Malaysia mendapat hak pendidikan sekurang-kurangnya hingga tamat Tingkatan 5, sekaligus menangani isu keciciran,” ujar Wong.

Wong berkata, dasar ini perlu difahami dan disokong oleh seluruh masyarakat kerana:

1. Menjamin hak mendapat pendidikan terbaik.

2. Masa hadapan lebih baik.

3. Menangani masalah sosial.

4. Meningkatkan penyertaan dan enrolmen murid.

5. Persediaan menghadapi negara menua.

6. Pembangunan modal insan.

Show More

Related Articles

Back to top button