Berita

Saya ‘salute’ dengan MB: JALAL

JELEBU: Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menyatakan bahawa beliau ‘salute’ dengan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Hal ini kerana dalam bulan Ramadhan ini kita dapat lihat pada waktu siang beliau sibuk mengurus tadbir negeri.

“Pada belah malam beliau beriktikaf dan berqiamullail di masjid.

“Ini menunjukkan bahawa agama Islam tetap terpelihara di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Kita juga tidak meminggirkan soal akidah, asnaf, masjid apatah lagi agama.

“Ini perlu dilihat oleh orang ramai, supaya kita dapat membentuk masyarakat Islam yang kuat.

“Dalam masa sama supaya tidak mudah termakan dek adu domba orang luar terhadap kita,” kata Jalal.

 

Show More

Related Articles

Back to top button