SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah menyumbang ‘Smart Board’ kepada sekolah-sekolah di DUN Sikamat.
Aminuddin berkata, serahan ‘Smart Board’ ini adalah salah satu manifestasi Kerajaan Negeri dalam menyediakan suasana belajar yang lebih interaktif dan mengikut era pendigitalan.
“Smart Board adalah peranti papan interaktif yang boleh digunakan dalam bilik darjah bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara progresif.
“Peranti ini juga membolehkan guru dan pelajar untuk menulis, melukis, menyentuh, menggerakkan dan berinteraksi dengan pelbagai bahan digital seperti teks, imej, video dan audio.
“Berbagai aplikasi sedia ada terdapat di dalam peranti tersebut seperti ‘Quizizz’, ‘Kahoot’, ‘YouTube’, ‘Google Classroom’, ‘jomstudi.my/’ dan sebagainya yang boleh digunakan bagi membantu dan menarik minat para pelajar.
“Adalah menjadi harapan saya dengan serahan ‘Smart Board’ ini dapat menghasilkan suasana belajar yang lebih kondusif kepada anak-anak semua,” kata Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.