Berita

Sektor akuakultur berkembang, pacu negara capai SSR ikan melebihi 90 peratus

Malaysia kini mencatat kadar sara diri (SSR) ikan melebihi 90 peratus, menandakan pencapaian penting dalam usaha menjamin keterjaminan makanan negara.

Kejayaan ini didorong oleh perkembangan pesat sektor akuakultur yang semakin menjadi pilihan utama dalam pengeluaran ikan domestik.

Sektor akuakultur bukan sahaja menyumbang kepada bekalan ikan yang stabil, malah turut membantu mengurangkan tekanan terhadap sumber marin semula jadi.

Penggunaan teknologi moden seperti sistem bioflok dan sokongan berterusan kepada nelayan telah memperkukuh daya saing industri ini serta meningkatkan pendapatan komuniti pesisir.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memperkasa sektor akuakultur sebagai strategi utama dalam menjamin keselamatan makanan negara.

Usaha ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan dan komitmen untuk menyediakan bekalan makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. (Jabatan Perikanan Malaysia)

Show More

Related Articles

Back to top button