Berita

Selangor FC 1 Negeri Sembilan FC 0

Pasukan Negeri Sembilan FC tewas 0-1 kepada Selangor FC dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim di Shah Alam.
Ini merupakan perlawanan pertama Skuad Jang selepas diberi cuti sempena perayaan Aidilfitri dan sebahagian dari persediaan pra-musim menjelang sepak mula Liga Super 2024 / 2025.
Gol tunggal Selangor FC telah dijaringkan pada minit ke-2 menerusi pemain import, Alvin Mateus Fortes.
Kedudukan ini kekal sehingga tamat permainan.
Skuad Jang akan meneruskan siri perlawanan pra-musim dengan menentang KL City FC dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 pada 22 April 2024.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium KLFA, Cheras.
Show More

Related Articles

Back to top button