Berita

Seramai 4,352 doktor mula dilantik secara tetap dalam perkhidmatan

PUTRAJAYA: Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lalu; Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr.Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa seramai 4,352 Pegawai Probating Gred UD10 akan mula dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan awam menjelang hujung tahun ini.

“Langkah besar ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap keadilan, jaminan kerjaya dan reformasi sistem kesihatan yang menyeluruh.

“Surat tawaran akan mula dikeluarkan selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2025, dengan tarikh lapor diri seawal 2 Oktober 2025.

“Pelantikan akan dilaksanakan secara berfasa — Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

“KKM, bersama SPA, JPA dan MOF berganding bahu bagi mempercepatkan dan melancarkan keseluruhan proses pelantikan ini,” ujar Dzulkefly.

Menurut Dzulkefly, langkah ini adalah satu lagi pencapaian penting dalam usaha mengiktiraf pengorbanan para doktor kontrak, serta mengangkat martabat profesion perubatan awam di negara ini.

“Buat semua doktor yang terlibat, kami mendengar rintihan anda, kami memahami keperluan anda dan kami menghargai setiap pengorbanan anda.

“Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.

“Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa bersama anda,” kata Dzulkefly.

Show More

Related Articles

Back to top button