BeritaProgram

SEREMBAN BERSINAR: LED Kerb pertama di Malaysia sambut Aidilfitri

SEREMBAN: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin telah mengadakan lawatan turun padang bagi meninjau pemasangan LED Kerb di Bulatan SUK NS, Jalan Dato’ Hamzah serta Gerbang Hiasan Aidilfitri di Persiaran Forest Heights yang turut dihadiri Ketua Unit Perhubungan Korporat, Shamaruddin Saidin dan Jurutera MBS, Muhammad Fadzly Md Yadzir.

LED Kerb yang dipasang sepanjang 149 meter ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pencahayaan beroperasi dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi, bukan sahaja menceriakan landskap bandar raya, malah turut meningkatkan aspek keselamatan dan kejelasan visual pemanduan pada waktu malam.

Dalam pada itu, sebanyak 10 Gerbang Hiasan Aidilfitri telah dipasang di lapan lokasi berbeza sekitar bandar raya.

Hiasan ini mengetengahkan konsep Estetik Islamik Moden yang menampilkan keindahan geometri seni bina Islam dengan sentuhan minimalis, selaras dengan suasana sambutan Aidilfitri yang harmoni dan sejahtera.

Keindahan pencahayaan dan hiasan ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi suasana menjelang Aidilfitri, sekali gus memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada warga bandar raya serta para perantau yang pulang ke kampung halaman, menjadikan perjalanan pulang berhari raya lebih ceria, selamat dan penuh kenangan.

Show More

Related Articles

Back to top button