Berita
Shahran beri sumbangan kewangan kepada tujuh keluarga mangsa banjir kilat
SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah memberikan sumbangan kepada tujuh keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Gunung Pasir.
Shahran berkata, banjir kilat itu terjadi berikutan hujan lebat yang turun sejak tengahari dan bergegas ke kampung tersebut setelah mendapat maklumat.
“Saya telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada mereka yang terlibat.
“Saya harap mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapi dugaan ini,” kata Shahran.