Berita

Shamshulkahar ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli

JEMPOL: Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Shamshulkahar Mohd Deli telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Keluarga Dan Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Batu Peti.

“Pelbagai acara sukaneka telah diadakan dan program ini memberi ruang kepada pemimpin untuk mendekati rakyat.

“Tahniah kepada Pengerusi JPKKOA Kampung Batu Peti, Puan Yaliayana Lenab di atas penganjuran program ini yang meriah sekali,” kata Shamshulkahar.

Turut diadakan sesi taklimat dan penerangan kepada penduduk kampung oleh Pejabat Risda Jempol, Pejabat Penerangan Jempol, Pejabat PERKESO Kuala Pilah, Pejabat JAKOA Jempol, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rompin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senibai, Kuala Pilah.

Turut Hadir, Pegawai Khas kepada ADUN Jeram Padang, Jaazis Amin; Tok Batin, Rashid Ah Yong; Pengerusi JPKKOA Kampung Panchor, John Baharyn Ayom dan Pengerusi JPKKOA Kampung Singai Klebang, Selinah Dermaraju.

Show More

Related Articles

Back to top button