Berita

Sistem makanan diperkukuh kerana konfil Asia Barat: MOHAMAD SABU

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu menyatakan bahawa kerajaan akan memperkukuhkan sistem makanan supaya dapat memeastikan bekalan mencukupi dan akses kepada rakyat sentiasa terjamin ketika berhadapan dengan konflik di Asia Barat.

“Ia adalah tanggungjawab Kerajaan yang sedang dan akan terus silaksanakan.

“Konflik geopolitik yang berlaku di Asia Barat bukan sekadar isu luar negara, tetapi ia turut memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global.

“Mungkin tidak kelihatan secara langsung, tetapi impaknya sampai ke meja makan,” kata Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu juga turut menggalakkan ornag ramai untuk bercucuk tanam.

“Tanamlah apa yang mampu seperti cili, sayur dan ulam.

“Ini kerana dapat mengurangkan kebergantungan dan dalam masa sama jajdi satu usaha yang bermanfaat untuk keluarga,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button