Berita

SJKT Ladang Repah terima peruntukan RM25,000 daripada Veerapan

REPAH: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Repah menerima peruntukan RM25,000 daripada ADUN Repah, Veerapan Superamaniam.

Veerapan berkata, pihak SJKT Ladang Repah telah memohon dana untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan sistem saliran longkang sekolah dalam satu pertemuan pada bulan Jun 2024.

“Sebagai respon kepada permohonan tersebut, saya telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, bagi memohon peruntukan yang diperlukan.

“Syukur, Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk SJKT Ladang Repah.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk pembangunan kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid, yang diharapkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan suasana pembelajaran di sekolah tersebut,” kata Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button