Berita

SK Seri Bemban juara hoki 6 Sebelah B-12 sempena Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 2026

KUALA PILAH: Kejohanan Hoki 6 Sebelah Bawah 12 Tahun (B-12) sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-78 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 2026 telah diadakan di Padang Hoki Astroturf Sekolah Sukan Negeri SMK Za’ba, Kuala Pilah.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor telah hadir memeriahkan lagi kejohanan ini yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kemeriahan.

“Sukan hoki di Malaysia sememangnya mempunyai asas yang kuat. Usaha membangunkan sukan ini perlu bermula dari peringkat akar umbi, dengan lebih banyak kejohanan dianjurkan bagi mengasah bakat anak-anak kecil sejak awal lagi.

“Pendedahan awal inilah yang akan melahirkan pemain-pemain berkualiti untuk masa hadapan.

“Kejohanan kali ini turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pelbagai sekolah dari dalam dan luar negeri, antaranya dari Melaka, Selangor dan negeri-negeri lain, sekali gus menjadikan pertandingan ini lebih kompetitif dan bermakna,” kata Mustapha.

Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bemban telah menjuarai kejohanan ini. Manakala Sekolah Kebangsaan Port Dickson muncul sebagai naib juara.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding.

“Tahniah juga kepada pasukan-pasukan lain yang turut bergelar juara dan naib juara dalam kategori masing-masing.

“Semua pasukan telah mempamerkan aksi terbaik dan semangat juang yang tinggi

“Semoga program sebegini dapat diteruskan dan diperkasakan demi melahirkan lebih ramai atlet hoki yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara,” ujar Mustapha lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button