Berita

ST Rosyam Mart kini dibuka di Senawang

PAROI: Pasaraya ST Rosyam Mart yang dinanti-nantikan telah dibuka pada hari ini di Kipmall Lavender Height, Senawang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Nelayan Port Dickson terima pampasan RM1,000 sebulan untuk 12 tahun Pasaraya ST Rosyam Mart ini mampu menawarkan pilihan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan barangan lain.

“Pasaraya ini juga merupakan yang pertama dibuka luar daripada kawasan Lembah Klang.

“Pembukaan pasaraya ini juga turut menawarkan pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Pelbagai tawaran menarik boleh didapati seperti harga ayam serendah RM0.88 sen seekor selama dua minggu.

“Ini juga adalah usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup masyarakat memastikan barangan asas mudah diakses oleh orang ramai.

“Menariknya pasaraya ini juga turut menyediakan ‘Special Wholesale Corner’ yang memberi peluang kepada peniaga untuk membeli barangan dalam kuantiti borong.

“Tahniah kepada pihak pengurusan ST Rosyam Mart dalam merealisasikan pembukaan pasaraya ini.

“Saya yakin ST Rosyam Mart ini akan berkembang maju dan menjadi mercu tanda kepada perniagaan lain dalam industri ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button