BeritaProgram

Sudah tiba masanya pengusaha bas ekspres ikut jejak lori tong gas Petronas

✅ Had laju dikunci.

✅ Pemandu tak dibayar ikut trip.

✅ Kamera dalam dan luar kenderaan.

✅ SOP ketat sebelum jalan.

✅ Disiplin yang benar-benar diawasi.

Lori Petronas bawa muatan gas, kalau meletup, boleh musnah satu kawasan.

Tapi rekod keselamatan mereka antara terbaik. Kenapa?

Sebab mereka pilih keselamatan nombor 1.

Bas bawa manusia. Anak orang. Mak ayah orang.

Nyawa yang lebih berharga dari mana-mana kargo.

Pengusaha mungkin tak suka cadangan ini. Tapi percayalah, rakyat setuju 100%.

Cukuplah “kita akan siasat” selepas tragedi.

Cukuplah maaf dan tangisan jadi rutin setiap musim perayaan.

Masa untuk berubah.

Kredit: Megat Ahmad Fadhil

Show More

Related Articles

Back to top button