Berita

Sufian rancang pelbagai program agama di DUN Seri Menanti

SERI MENANTI: Pelbagai program agama sedang dirancang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.

“Saya telah mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi Kariah Masjid dalam DUN Seri Menanti untuk membincangkan penubuhan semula Persatuan Jemaah Nazir Masjid DUN Seri Menanti serta membincangkan beberapa perkara.

“Antara perkara yang dibincangkan ialah Kelas Tahsin Al Quran, Kelas Berzanji dan Kelas Tarannum Berlagu Al Quran.

“Program Maulid Nabi S.A.W Peringkat DUN Seri Menanti bersama JPKK dan Luak Adat dalam DUN Seri Menanti dan sekolah dalam DUN Seri Menanti.

‘Saya juga bercadang untuk menganjur Program Karnival Kesenian dan Kebudayaan Islam DUN Seri Menanti,” jelas Muhammad Sufian.

Show More

Related Articles

Back to top button