Berita

SUK Negeri Sembilan hantar 255 atlit ke Kuala Terengganu

SEREMBAN: Kontingen Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan menghantar 255 atlit ke Temasya Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-9 Tahun 2024 di Kuala Terengganu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Temasya SUKSEM IX pada tahun ini bakal berlangsung pada 14 Oktober 2024 hingga 20 Oktober 2024 bertempat di Kuala Terengganu.

“Dengan kekuatan seramai 255 peserta, saya yakin temasya pada tahun ini bakal membawa perubahan dan kejayaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

“Selamat berjuang kepada semua atlet, jangan menyerah sebelum mengaku kalah, bekerjasama antara satu sama lain dan bawalah pulang kejayaan kepada negeri kita, Insya Allah,” katanya.

Aminuddin berkata demikian selepas meluncurkan Flag-Off Temasya Sukan SUK Se-Malaysia Kali Ke-9 Tahun 2024 di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button