Berita

SUKNES: Pasukan FUTSAL Kim Pang Bun FT wakil DUN Repah

REPAH: Pasukan FUTSAL Kim Pang Bun FT akan mewakili DUN Repah dalam Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, SUKNES peringkat DUN Repah telah berlangsung di Dataran Lapang Gunung Mas Tampin.

“Kejohanan ini melibatkan belia-belia serta penduduk sekitar Dun Repah.

“Sebanyak lapan pasukan telah bertanding bagi acara futsal dan enam pasukan bagi acara sepak takraw.

“Acara Futsal telah dimenangi oleh pasukan Kim Pang Bun FT manakala acara sepak takraw pula telah dimenangi oleh Don’t Try A.

“Kedua-dua pasukan ini akan mewakili DUN Repah ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Februari nanti,” kata Veerapan.

Dalam pada itu, Veerapan berkata, beliau akan berusaha untuk memastikan fasiliti sukan sentiasa dipantau dan berada pada kualiti yang terbaik sepanjang masa.

“Kejohanan ini juga harus diteruskan setiap tahun kerana dapat mempertengahkan bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button