KUCHING: Kontingen Taekwondo Negeri Sembilan menyumbang satu pingat perak dan dua pingat gangsa pada Isnin.
Bapa Angkat Taekwondo Negeri Sembilan, P.Gunasekaren berkata, Mohd Adam Hafiz memenangi pingat perak dalam kategori welterweight.
“Balakrishnan Murugan dan Iffah Dielaila masing-masing menyumbang pingat gangsa dalam kategori heavyweight.
“Syabas kepada pasukan Taekwondo atas kejayaan tersebut dan berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan.
“Kami mensasarkan dua lagi pingat pada hari ini (Selasa),” kata Gunasekaren yang juga ADUN Seremban Jaya.