Berita

Gunasekaren atasi masalah pokok liar di Taman Bukit Emas

SEREMBAN JAYA: Aduan pokok liar di kawasan perumahan Taman Bukit Emas akan diambil tindakan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasegaren berkata beliau dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah meninjau tapak lokasi aduan pokok liar yang tumbuh di premis-premis terbiar di Taman Bukit Emas.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan di bawah Peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dalam masa terdekat,” katanya.

Gunasekaren sumbang RM1,000 kepada pertubuhan kebajikan

Sementara itu Gunasekaren telah menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Pertubuhan Kebajikan SeniBudaya dan Sahsiah Negeri Sembilan.

“Sumbangan ini diberikan bagi program Perarakan Merdeka Tadika Budayaku Ceria-MyCULTURE di Taman Sri Mawar yang telah dianjurkan dengan jayanya pada 29 Ogos lalu.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu pelaksanaan program tersebut,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button