Berita

Bakri santuni 70 keluarga Kristian sempena sambutan Krismas

KLAWANG: Sebanyak 70 keluarga kurang berkemampuan beragama Kristian dari DUN Klawang menerima sumbangan Krismas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.

“Sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini, saya telah menyantuni 70 keluarga Kristian yang kurang kemampuan.

“Semoga sumbangan ini memeriahkan lagi sambutan Krismas penerima bantuan ini,” kata Bakri.

Turut hadir memeriahkan Sambutan Hari Krismas DUN Klawang ialah ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Sambutan ini berlangsung di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang.

Show More

Related Articles

Back to top button