SEREMBAN: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan telah meraikan dan mengiktiraf Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh Negeri Sembilan dalam Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Kawasan Rukun Tetangga Negeri Sembilan Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, di Hotel Klana Resort, Seremban.
Tengku Zamrah berkata, Rukun Tetangga adalah satu platform yang sangat penting dalam membina perpaduan di peringkat akar umbi.
Rukun Tetangga telah memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan, kehamornian masyarakat.
“Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap AJK Rukun Tetangga yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
“Anda semua adalah wira yang sering berkerja di belakang tabir untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan selamat dan aman.
“Di masa hadapan, saya berharap agar Rukun Tetangga Negeri Sembilan akan terus berkembang dan lebih ramai anggota muda akan terlibat dalam menjayakan program-program komuniti,” katanya.
Menurut Tengku Zamrah, ini adalah langkah penting untuk memastikan kesinambungan perpaduan di kalangan generasi yang akan datang.
“Semoga segala usaha kita dalam memperkukuhkan Rukun Tetangga akan terus mendapat keberkatan dan manfaat yang besar.
“Terima kasih kepada semua AJK Rukun Tetangga yang telah memberi segala tenaga, masa dan komitmen demi kesejahteraan bersama,” ujar beliau.