Menarik
Teo sumbang RM40,000 kepada Kuil Sri Maha Muthu Mariamman Bahau
BAHAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, YB Teo Kok Seong telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM40,000 kepada Kuil Sri Maha Muthu Mariamman Bahau.
Teo berkata, sumbangan tersebut merupakan Peruntukan Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri.
“Sumbangan tersebut bertujuan membantu pihak kuil menjalankan aktiviti keagamaan,” kata Teo.
Turut hadir, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; Ahli Majlis Daerah Jempol Encik Ashok Kumar dan Pengerusi MPKK Pekan Jelai, Encik Rajukumar.