BeritaMenarik

Tiga langkah atasi masalah banjir di Pekan Nilai

NILAI: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tiga langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir di Pekan Nilai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J.Arul Kumar berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi tiga projek atasi masalah banjir di Pekan Nilai.

1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu
2. Menaiktaraf Kolam Tadahan Air Hujan Taman Desa Jasmin, Nilai – RM3 juta
3. Menaiktaraf sistem perparitan Pekan Nilai – RM700 ribu

“Kawasan Pekan Nilai adalah kawasan yang paling rendah di Nilai dan setiap kali hujan sebahagian kawasan di Pekan Nilai selalu banjir.

“Antara punca berlakunya banjir adalah peetembungan tiga batang sungai di Pekan Nilai, iaitu Sungai Batang Nilai, Sungai Sekah dan Sungai Batang Labu.

“Pertembungan ini menyebabkan air ‘backflow’ dan beberapa kawasan dinaiki banjir,” jelas Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, Kolam Tadahan Air Hujan Taman Desa Jasmin Nilai yang sepatutnya menjadi tempat untuk air bertakung dan dikeluarkan secara berperingkat tidak berfungsi dan air yang masuk ke kolam tersebut dari kawasan Putra Nilai, Desa Indah dan sebelah Plaza Tol Nilai tidak bertakung dan terus keluar dan mengalir ke Pekan Nilai yang menyebabkan masalah banjir sering kali berlaku.

Satu lagi perkara yang menyebabkan air bertakung di hadapan barisan kedai adalah tidak ada sistem perparitan yang sesuai.

Justeru itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan akan laksana tiga langkah penyelesaian seperti berikut:

1. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Batang Labu di peringkat kajian sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kedua-dua sungai di Pekan Nilai yang bertembung, iaitu Sungai Batang Nilai dan Sungai Sekah akan bersambung ke Sungai Batang Labu.

Dengan pelaksanaan projek RTB di Sungai Batang Labu, pengaliran air dari Sungai Sekah dan Sungai Batang Nilai lebih lancar dan risiko banjir di Pekan Nilai dapat dikurangkan.

2. Kerja-kerja menaiktaraf Kolam Tadahan Air Hujan Desa Jasmin akan membantu untuk membolehkan lebih banyak air hujan bertakung dan akan dikeluarkan secara berperingkat melalui Sungai Sekah juga akan mengurangkan risiko banjir di Pekan Nilai.

Kolam-kolam takungan ini yang dibina 25 tahun lepas tidak lagi beroperasi dengan berkesan kerana terdapat banyak pembangunan di kawasan kawasan berdekatan.

Selain itu, Kerja-Kerja Pemuliharaan Tebing Sungai Sekah di Kampung Sekah juga akan dilaksanakan.

Kolam Takungan di Taman Semarak, Nilai juga akan dinaiktaraf dengan meninggikan ban agar lebih banyak air dapat bertakung.

3. Projek menaiktaraf sistem perparitan di Pekan Nilai juga akan membantu mengurangkan risiko banjir di kawasan yang rendah di Pekan Nilai dan air hujan akan terus ‘discharge’ di beberapa tempat terus ke sungai belakang Pekan Nilai.

“Kesemua pelaksanaan projek ini akan membantu mengurangkan risiko banjir di Pekan Nilai,” ujar Arul Kumar yang juga Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan.

Show More

Related Articles

Back to top button