Berita

Timbalan Menteri Agama kesal takbir raya Anwar dipersenda

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr.Zulkifli Hasan kesal ada pihak mempersenda takbir Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Zulkifli menegaskan bahawa takbir Hari Raya adalah tanda keinsafan serta pengagungan kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya.

“Malah ia merupakan antara amalan sunnah ketika sambutan Aidilfitri berdasarkan firman Allah “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah: Ayat 185).

“Hadis riwayat Anas pula menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa-sallam bersabda: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan bertakbir.”

“Bukan semua perkara perlu dibangkang, bukan semua benda boleh dijadikan bahan sindiran dan gurauan sinikal.

“Kritiklah dengan fakta jika ada perkara yang tidak dipersetujui, bicaralah dengan hujah yang benar dan dikaji secara bersungguh,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button