
Penyertaan Timor Leste sebagai negara ke-11 ASEAN merupakan detik bersejarah yang menandakan perkembangan positif dalam landskap geopolitik dan ekonomi Asia Tenggara.
Keputusan ini bukan sahaja memperkukuh solidariti serantau, malah membuka ruang baharu kepada kerjasama ekonomi, sosial dan pembangunan mampan.
Timor Leste yang mempunyai kedudukan strategik antara Asia dan Pasifik, berpotensi menjadi rakan dagang baharu kepada Malaysia khususnya dalam sektor tenaga, pelancongan dan pertanian.
Keanggotaan penuh dalam ASEAN akan memberi peluang kepada negara muda itu untuk mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif integrasi ekonomi dan program pembangunan serantau.
Bagi Malaysia, penyertaan ini juga boleh memperluas hubungan diplomatik serta peluang pelaburan bersama, termasuk perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pentadbiran awam.
Dalam konteks ASEAN, kehadiran Timor Leste mengukuhkan imej organisasi sebagai entiti inklusif dan berorientasikan pembangunan seimbang.
Secara keseluruhannya, kemasukan Timor Leste ke dalam ASEAN merupakan langkah tepat ke arah memperkukuh perpaduan serantau dan memastikan Asia Tenggara kekal sebagai rantau yang aman, stabil dan makmur.
Mohd Khairul Annuar Asharruddin
Pegawai Penyelidik Exco Kerajaan Negeri Sembilan




