NILAI: Pencemaran yang berlaku di kawasan Taman Semarak, Nilai disebabkan oleh terdapat banyak kawasan perindustrian di sekitar.
Justeru itu, ADUN Nilai, J.Arul Kumar bersama wakil penduduk Taman Semarak telah mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan dua buah kilang yang berkaitan bagi mengurangkan risiko pencemaran daripada kedua-dua kilang tersebut.
“Beberapa tindakan segera diambil dalam tempoh tiga bulan ini dan satu kajian yang lebih terperinci seperti diarahkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dan ia akan mengambil masa yang lebih panjang iaitu selama enam bulan ke 12 bulan.
“Kedua-dua kilang juga memberikan komitmen dalam menyelesaikan masalah, jika ia berpunca daripada mereka dengan mengadakan hubungan yang baik dengan wakil masyarakat dan juga menyiasat setiap aduan dalam kadar segera dan tindakan juga akan diambil.
“JASNS juga telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan semua pengoperasian kilang berpandukan kepada syarat dan peraturan sedia ada terutamanya berkaitan perkara yang boleh menyebabkan pencemaran,” kata Arul Kumar.