Berita

Tun M, sila nyatakan klausa yang beri syarikat USA status Bumiputera

Alhamdulillah, baru sahaja selesai beri taklimat dan berbincang dengan Mesyuarat Kaukus Khas Parlimen mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART).

Penting untuk saya tegaskan, ART BUKAN Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Ia adalah mekanisme perlindungan kritikal untuk memastikan akses pasaran eksport utama kita di Amerika Syarikat, yang bernilai hampir RM200 bilion, kekal terjamin.

Kita bertindak pantas untuk melindungi 1.1 juta pekerjaan rakyat dan lebih 7,700 PMKS daripada risiko tarif unilateral.

ART mengekalkan tarif semasa 19 peratus dan melindungi sektor-sektor utama seperti sawit, koko, dan peranti perubatan daripada kenaikan sewenang-wenangnya.

Ini jaminan daya saing global kita.

Saya juga telah perbetulkan beberapa dakwaan liar, termasuk fitnah daripada Tun Mahathir kononnya ART memberikan status Bumiputera kepada syarikat Amerika Syarikat.

Sepanjang rundingan berlangsung, hak bumiputera adalah salah satu daripada garis merah atau red line yang sentiasa kita lindungi.

Hak Bumiputera langsung tidak terjejas dalam ART.

Saya cabar Tun Mahathir untuk kemukakan klausa khusus yang memberikan syarikat Amerika Syarikat status bumiputera dalam ART.

Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Show More

Related Articles

Back to top button