BeritaProgram

TUNS dan TUNS PLUS berjaya tingkatkan pendapatan

Inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS PLUS yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Sembilan berjaya meningkatkan pendapatan peniaga kecil.

Ketua Eksekutif PKNNS, Puan Rusmimah Mat Derus berkata, sejak inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2019, seramai 82.9 peratus peniaga kecil berjaya tingkatkan pendapatan.

“Kajian yang dijalankan mendapati 82.8 peratus peniaga kecil berjaya menawarkan peluang pekerjaan.

“Ini menunjukkan inisiatif TUNS bukan sahaja menawarkan bantuan kewangan dan peralatan kepada peniaga kecil, malah merangsang ekonomi setempat dengan menawarkan peluang pekerjaan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button