BeritaMenarik

Ummi Umairah menang pingat emas di Amerika Syarikat

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan tahniah kepada pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, di atas kejayaan cemerlang memenangi pingat emas dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Amerika Syarikat.

“Pertandingan yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California ini menyaksikan bakat luar biasa Ummi Umairah di pentas antarabangsa, mengharumkan nama sekolah dan negara.

“Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan usaha keras beliau, tetapi juga sokongan padu daripada keluarga, guru-guru, dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan dorongan.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus mengejar impian dan berusaha gigih dalam bidang yang diminati.

“Ummi Umairah telah membuktikan bahawa dengan usaha dan komitmen yang tinggi, kita mampu mencapai kejayaan yang gemilang di peringkat dunia,” kata Fadhlina.

Show More

Related Articles

Back to top button