SEREMBAN: Bermula 1 Januari 2024, UMNO Negeri Sembilan telah memulakan persediaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, YB Datuk Jalaluddin Alias berkata, UMNO memberi fokus kepada solidariti antara pemimpin dan ahli parti di setiap peringkat.
“Sebagai permulaan bagi tahun 2024, tugas dan tanggungjawab kita bukan kecil.
“Kita bakal menghadapi pilihan raya dalam tempoh tiga ke empat tahun akan datang yang akan menguji kekuatan UMNO-Barisan Nasional untuk kita terus pertahankan dengan suntikan baru, perubahan total dan kesedaran luar biasa di kalangan pemimpin serta pendokong semua peringkat.
Usaha ini bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan dan meningkatkan kestabilan politik di Negeri Sembilan dan di negara kita,” ujar beliau.
Jalaluddin berkata demikian di Majlis Makan Malam Wanita dan Puteri UMNO Negeri Sembilan di Seremban.