Berita

Universiti MILA catat penampilan pertama dalam QS Asia University Rankings 2026

NILAI: Universiti MILA telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya disenaraikan buat pertama kali dalam QS Asia University Rankings 2026, berada dalam kedudukan 500 universiti terbaik di Asia (#414) dan 100 universiti terbaik di Asia Tenggara (#80).

Dengan lebih sedekad kecemerlangan Pendidikan sebagai asas penubuhan serta transformasi kepada Universiti MILA hanya dalam masa dua tahun yang lalu, pencapaian ini menjadi bukti terhadap komitment berterusan kami dalam mengejar kualiti dan memberi impak bermakna dalam bidang pendidikan tinggi.

Ditubuhkan dengan visi berani untuk melangkaui batas pendidikan tinggi konvensional, Universiti MILA telah membangunkan persekitaran pembelajaran yang dirancang khusus untuk memenuhi tuntutan era digital.

Laluan pendidikan sedia masa hadapan universiti ini menggabungkan kolaborasi industri, inovasi penyelidikan, dan jalinan kerjasama global yang memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan awal terhadap pengalaman dunia sebenar.

Model pembelajaran berasaskan digital dan pendekatan rentas disiplin MILA melahirkan graduan yang bersedia untuk menempuh kerjaya dalam pelbagai industri dan sempadan, khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti perniagaan digital, kecerdasan buatan (AI), sains data, keselamatan siber, logistik dan bioteknologi.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Naib Canselor Universiti MILA, Profesor Dr. Graham Kendall berkata:

“Menjadi sebuah universiti muda merupakan kekuatan kami.

“Kami berkembang melangkaui norma universiti tradisional untuk menjadi institusi yang berpusatkan pelajar dan sedia menghadapi masa hadapan, bagi memastikan pelajar kami mampu cemerlang dalam dunia yang sentiasa berubah.”

Universiti MILA turut diiktiraf atas jalinan kerjasama dengan institusi di seluruh Asia, termasuk Haikou University of Economics (HUE) di China, yang memperkukuh keupayaan pelajar agar berdaya saing di peringkat global dengan kemahiran yang relevan dalam era kecerdasan buatan masa kini.

Melalui projek penyelidikan bersama, inovasi berasaskan AI dan program peningkatan kemahiran, MILA berjaya memperkukuh prestasinya dalam penunjuk utama QS seperti reputasi akademik, kolaborasi antarabangsa dan kebolehpasaran graduan.

Peningkatan mobiliti pelajar serta pendedahan terhadap teknologi baharu turut memperkukuh kedudukan MILA sebagai universiti yang berhubung secara global.

Inisiatif-inisiatif ini mewujudkan ekosistem pembelajaran dinamik yang seiring dengan perkembangan ekonomi digital masa kini, bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikir, memimpin dan berinovasi di pentas global.

Berpandukan falsafah ‘Sentiasa Mengejar Kecemerlangan’ kemunculan sulung Universiti MILA dalam QS Asia Universiti Rankings 2026 bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan pesat universiti ini, malah menegaskan komitmennya untuk terus memperkasa mutu pendidikan berkualiti tinggi yang berorientasikan masa hadapan di Malaysia.

Peningkatan kedudukan universiti ini dalam QS adalah bukti kukuh yang dibina berteraskan matlamat membentuk graduan berfikiran global dan bersedia menghadapi cabaran dunia yang saling berhubung.

Show More

Related Articles

Back to top button