Berita

Veerapan agih Jalur Gemilang kepada JPKK, KRT dan NGO

REPAH: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 tahun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamanian telah mengagihkan bendera Malaysia dan bendera Negeri Sembilan kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di DUN Repah dan Badan-Badan NGO di sekitar Tampin.

“Tujuan pengagihan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan penduduk.

“Kibarkan lah Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan kepada pejuang kemerdekaan,” kata Veerapan.

Majlis penyerahan bendera Jalur Gemilang ini telah diadakan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button