YB Kita

Veerapan edar limau Mandarin kepada 15 NGO sempena Tahun Baru Cina

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah meluangkan masa bertemu dengan wakil 15 pertubuhan masyarakat (NGO) Cina di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.

“Dalam pertemuan ini, saya menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina berbentuk pek raya serta limau Mandarin.

“Buah limau Mandarin kekal sebagai tradisi masyarakat Tionghua serta ia membawa harapan dan optimisme untuk tahun baharu.

“Sebagai wakil rakyat, saya menitikberatkan keharmonian antara kaum serta berusaha dalam melaksanakan inisiatif bagi mengeratkan hubungan sosial sesama masyarakat.

“Saya juga mengambil kesempatan itu mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button